BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN E-TUNAI SEBANYAK RM200 BAGI RAKYAT MALAYSIA : MOHON SEKARANG

Pada Jumaat yang lepas, melalui pembentangan Belanjawan Madani, keraajan akan menyalurkan sumbangan e-tunai kepada para belia.

Pelbagai jenis bantuan, inisiatif dan sumbangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Salah satunya Bantuan e-Tunai Balia Rahmah  bernilai RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 20 tahun.

BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Bantuan ini merupakan langkah bijak yang kerajaan laksanakan dalam membantu golongan belia. Bagi mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan ini.

Tujuannya adalah, bagi meringankan atau memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 20 tahun jumlah bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah :

  • RM 200

SYARAT KELAYAKAN

Tiada kenyataan rasmi mengenai syarat kelayakan bagi memohon bantuan ini. Sekiranya bantuan ini masih mengekalkan syarat kelayakan seperti Bantuan ePemula 2022, maka syarat kelayakannya adalah :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

TARIKH PERMOHONAN

Mengenai tarikh permohonan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini, pihak kami akan segera memaklumkan sekiranya mendapat makluman rasmi dari masa ke semasa.

Apa yang kita harapkan agar pihak kerajaan menyegerakan dalam melaksanakan program ini.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan sila klik pautan di bawah.








Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button