BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KEWANGAN RM2700 KEPADA PENIAGA MALAYSIA

Seperti yang kita tahu, pelbagai bantuan kewangan yang telah disediakan oleh JKM ini dalam membantu golongan sasar  yang terjejas B40 contohnya warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak, OKU, dan banyak lagi. 

Adakah anda tahu bahawa bantuan yang disediakan JKM ini tidak hanya tertumpu kepada golongan sasar yang disebutkan di atas, akan tetapi JKM juga tertumpu bagi membantu kumpulan sasar yang ingin menjadi usahawan ataupun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

GERAN PELANCARAN

JKM telah melancarkan satu geran iaitu GERAN PELANCARAN yang mana, geran ini merupakan bantuan kewangan kepada golongan sasar yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang di bayar secara tunai dan sekaligus (one-off).

TUJUAN

Tujuan utama JKM melaksanakan bantuan Geran Pelancaran ini adalah:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • •Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

NILAI GERAN PELANCARAN 

Bagi mereka yang telah layak menerima geran ini, pihak JKM akan memberi bantuan dengan kadar :

  • Maksimum RM2700 (one-off)  

SYARAT KELAYAKAN

Pihak JKM telah menetapkan syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon bantuan Geran Pelancaran ini. 

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

SYARAT KHUSUS

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara memohon Geran Pelancaran :

  • Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Sila dapatkan borang permohonan anda secara atas talian di pautan berikut :
    JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Download Borang Permohonan

Bagi pemohon yang ingin mengemaskini / kajisemula sila dapatkan borang permohonan JKM20 – Borang JKM20

SEMAK PERMOHONAN

Bagi mereka yang telah menghantar permohonan, anda boleh menyemak permohonan anda dengan cara :

  • Layari laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Sila Login ID anda yang telah berdaftar
  • Kemudian Klik ‘Semak Status Permohonan Talian
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks     : 03 – 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana,    Presint 4, 62100 Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button