BANTUAN KERAJAAN

BAYARAN FASA KEDUA BERJUMLAH RM300 DIKREDITKAN FEBRUARI INI

Pada Januari lalu kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa Bantuan Musin Tengkujuh (BMT) akan disalurkan pada Februari ini.

Setiap individu yang berkelayakan akan menerima bayaran sebanyak RM300. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan disalurkan melalui 3 fasa.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Kerajaan telah memperuntukan RM 9.7 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi manfaat 12,138 peneroka tanaman getah diseluruh negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran sebanyak RM800 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank peneroka, yang mana ianya di bayar secara berperingkat (3 fasa).

KADAR BAYARAN BMT FASA 2

Menerusi Bajet 2030, Kerajaan telah menaikkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini daripada RM600 kepada RM800.

Pada februari ini bayaran fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun mereka yang layak sebanyak:

  • RM 300

SENARAI PENERIMA BMT

Berikut adalah senarai penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :

  • Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

SEMAKAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang telah menghantar permohonan BMT, anda boleh membuat semakan permohonan dengan cara :

KAEDAH PERMOHONAN BMT

Bagi mereka yang ingin memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini, dengan melayari laman web rasmi iaitu https://pekebunkecilmakmur.com.my/.

Namun sebagai makluman permohonan BMT telah dibuka bermula 5 Mei 2022 sehingga 15 Oktober 2022 lalu dan tarikh mengemukakan rayuan bagi permohonan yang ditolak adalah pada 16 September 2020 sehingga 31 Oktober 2022.

SYARAT DAN KELAYAKAN

Berikut adalah syarat dan kelayakan permohonan BMT

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.















Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button