BANTUAN KERAJAAN

E-PEMULA : BANTUAN E-WALLET RM200 KEPADA B40 & M40

Pembentangan Belanjawan tahun 2023 memperuntukan inisiatif e-Pemula kepada belia pada tahun ini di teruskan lagi. Yang mana ianya sama seperti tahun sebelumnya yang telah dibentangkan pada Belanjawan 2022 namun terdapat sedikit pertambahan. 

E-PEMULA

Keprihatinan kerajaan terhadap para belia diseluruh negara, program e-pemula diteruskan lagi bagi membantu para belia di negara ini. 

Berbeza dengan peruntukkan sebelum ini.  Belanjawan 2023 pada kali ini telah memperuntukkan e-Pemula sebanyak RM200 dengan menawarkan sedikit tambahan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM150 sahaja.

Bukan hanyaa kadar e-Pemula sahaja dinaikkan, ianya juga diperluaskan kepada belia (M40) yang mana mereka akan menerima e-wallet sebanyak RM100.

KADAR BAHARU E-PEMULA 2023

Dalam usaha membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, kerajaan telah melaksanakan inisiatif e-pemula iaitu tawaran kredit e-wallet. 

Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Tawaran ini diberikan kepada 2 kategori, yang mana setiap kategori akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-pemula Bujang : RM 200.00
  • e-pemula M40     : RM 100.00

SYARAT KELAYAKAN E-PEMULA 2023

Berikur merupakan syarat kelayakan bagi 2 kategori yang akan menerima bantuan e-pemula bagi tahun 2023

E-Pemula Belia :

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun dan
  • Pelajar sepenuh masa yang berumur 21 tahun ke atas

E-Pemula M40 :

  • Kumpulan M40 mempunyai pendapatan tahunan di bawah RM 100,000

Pihak kami akan mengemaskini segala maklumat mengenai inisiatif e-pemula sekiranya terdapat perubahan dari masa ke semasa.


Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button