BANTUAN KERAJAAN

Kategori Kelayakan Penerima STR Fasa 2 Bagi Tahun 2023 – Semak Sekarang!


Pada bulan Januari, pembayaran fasa 1 bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) telah diberikan kepada mereka yang layak.

STR Fasa 1 telah membantu tiga kumpulan sasar iaiitu: 

  • Isi rumah, 
  • Bujang dan 
  • Warga emas yang tidak mempunyai pasangan. 

Semua kategori dalam kumpulan ini akan menerima bayaran bermula dari RM100 hingga RM300.

STR (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Kerajaan bersetuju meneruskan program STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu dan di jenamakan semula. STR fasa 1 telahpun di agihkan pada Januari lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak 8.7 juta orang akan mendapat manfaat melalui STR ini yang bernilai RM1.67 bilion.

Info : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk wang tunai. Ini sama dengan program lain seperti BKM, BPR, BSH, dan BR1M.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2 

Terdapat beberapa kategori bagi mereka yang layak memohon STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ini adalah :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda / yang mempunyai anak dan menepati syarat
  • Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000.

KATEGORI BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

Info : Kategori yang disebutkan diatas adalah mengambil kira data atau maklumat yang diberikan ketika pelaksanaan BKM sebelum ini.

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 

Kini anda boleh menyemak status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda dengan melayari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

KAEDAH SEMAKAN

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button