BANTUAN KERAJAAN

PERMOHONAN RUMAH PPR SERENDAH RM160 SEBULAN – MOHON SEKARANG!

Kenaikan harga barang dan kos sara hidup sama ada di bandar dan di luar bandar akan terus menjadi cabaran sepanjang 2023.

Keadaan ini juga menjadi cabaran bagi sesebuah kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat yang terjejas demi kelangsungan hidup.

Menyedari akan keadaan ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu rakyat yang terjejas.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara merupakan agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh negara dan ianya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Terdapat dua kategori didalam program ini iaitu :

  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki

PPR DISEWA

Bagi program PPR Disewa ia telah dilancarkan sejak Februari 2002 dengan kadar yang rendah bagi membantu golongan sasar iaitu kadar anggaran sekitar :

  • RM 160 – RM250

KEMUDAHAN PPR 

  • Dewan Masyarakat/ Bilik Komuniti
  • Surau/Bilik Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

CIRI-CIRI RUMAH PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar
    – Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar
    – Jenis rumah teres
  • Keluasan 
    – Tidak kurang daripada 700 kps
  • Binaan
    – 3 bilik tidur
    – 1 ruang tamu
    – 1 ruang dapur
    – 2 bilik air

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan PPR :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan 
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

MAKLUMAT LANJUT

Permohonan bolehlah dibuat dengan melayari https://sprn.kpkt.gov.my/user/register untuk mendaftar sebagai pemohon.

Atau anda juga boleh layari https://teduh.kpkt.gov.my/








Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button