BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KEWANGAN BERJUMLAH RM500 KEPADA PENCARUM KWSP – MOHON SEKARANG

Pengeluaran demi pengeluaran telah dibuat oleh pencarum melalui program i-sinar & i-lestari. Ini mengakibatkan jumlah tabungan pencarum KWSP berkurangan.

Atas perkara tersebut, melalui Bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, terdapat pelbagai bantuan, inisiatif dan sumbangan yang Kerajaan Perpaduan sediakan.

Antaranya bantuan kewangan RM500 KWSP

Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP

Pada sesi pembentangan bajet 2023, yang mana kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan caruman tambahan kepada pencarum KWSP sebanyak RM500 yang akan ditambahkan ke Akaun 1 pencarum yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir mencecah 1 Bilion Ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 – 54 tahun
  • Simpangan KWSP kurang daripada 10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM 500

Melalui maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan RM 500 ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Tempoh matang yang dimaksudkan adalah selepas ahli atau pencarum berumur 55 tahun dan ke atas. Bagi ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak layak membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Klik Pautan “PENGELUARAN KHAS KWSP” untuk mengetahui ketegori yang dibenarkan.

Terdapat banyak bantuan yang kerajaan sediakan pada tahun ini melalui Belanjawan Madani yang dibentangkan baru-baru ini. 

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Related Articles

5 Comments

  1. Orang nak bantuan yg boleh dapat cash masa sekarang bkn ayat dan janji manis..kepala bana apa ko org buat dgn duit kwsp kami semua. Bckp mcm xde otak,rakyat memerlukan skg duit,bkn masa depan waktu nk pencen tu..bodoh ke apa. Mcm ni caranya,org giler kat chow kit pun boleh jd PM.

  2. Aku nie umah sewa dah dekat setahun sangkut mujur tuan rumah xhalau lagi je,aku tkt lama2 nati dia duduk mapuh la,sbb tu nk sgt duit KWSP tu sekurang2 nya blh bayar sewa rumah yg sangkut tu

  3. Bantuan kerajaan yang paling BEBAL dalam sejarah. Segala bantuan yang dihulurkan hujungnya ke Akaun Cukai kerajaan Jua.. Cadangan aku dimansuhkan KWSP kerana tidak peka keatas pencarum yang kesusahan pada masa kini dan akan datang tiada ertinya kepada kerajaan Munafik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button