BANTUAN KEWANGAN (BWE) BERJUMLAH RM 500 – MOHON SEKARANG
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State)
BANTUAN WARGA EMAS
Pihak kerajaan melaui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai insentif berbentuk kewangan antaranya ialah Bantuan Warga Emas.
Bantuan Warga Emas (BME) bertujuan untuk membantu emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN
Kepada mereka yang merupakan golongan warga emas atau mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang berstatus orang tua, sila semak maklumat ringkas berkenaan syarat permohonan bantuan BWE di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
KADAR BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Untuk makluman kadar Bantuan Warga Emas adalah RM350 namun ia telah dinaikkan kepada
- RM 500
CARA MEMOHON
Terdapat 2 kaedah permohonan BKK iaitu :
- Permohonan Atas Talian (online) atau
- Terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
Anda juga perlu mengisi borang sebelum ke pejabat JKM. Sila klik pautan dibawah bagi muat turun borang tersebut :
JKM 18 BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 BORANG KAJI SEMULA BANTUAN
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan bagi tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan bukan hak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan yang di sediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh melayari lawan rasmi JKM https://www.jkm.gov.my/
Klik pautan di bawah untuk mengetahui bantuan kerajaan dan informasi terkini :