BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KEWANGAN STR 2023 KEPADA RAKYAT MALAYSIA – SEMAK KELAYAKAN

 

Belanjawan Madani 2023 : Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

Terdapat penambahan jumlah bantuan berbanding Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lalu.

Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah merupakan bantuan yang kerajaan lancarkan pada tahun ini bagi membantu golongan sasar yang berkelayakan dan membantu mengurangkan sedikit bebanan hidup yang kian mencabar. 

Pembayaran bagi bantuan ini dilaksanakan dalam 4 peringkat yang bermula pada Januari lalu. Namun kerajaan telah mengumumkan terdapat tambahan bantuan STR pada kali ini.

BANTUAN TAMBAHAN STR RM600 

Pada pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini. Kerajaan telah memberikan bantuan tambahan di dalam Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bayaran tambahan itu berjumlah RM600 yang akan disalurkan kepada semua penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin dengan mengikut data e-kasih.

JUMLAH BANTUAN STR 2023

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebanyak RM 2500 bagi mereka yang layak dan ianya bergantung kepada bilangan anak pemerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Dengan nilai tambahan sebanyak RM600 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani yang lepas, jumlah keseluruhan bagi bantuan STR sebanyak RM3100 bagi mereka yang layak atau mereka yang didalam kategori keluarga miskin tegar.

APAKAH BANTUAN RM600?

Untuk makluman, bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani lalu bukanlah dalam bentuk tunai. 

Bantuan tambahan yang dimaksudkan adalaha bantuan yang berbentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan asas bernilai RM600.

Layari laman rasmi e-kasih www.ekasih.icu.gov.my semak kelayakan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk lebih informasi mengenai bantuan yang kerajaan sediakan:





Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button