BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KEWANGAN TAMBAHAN KWSP RM 500 KEPADA PENCARUM

Belanjawan 2023 dibentangkan sekali lagi berikutan pertukaran kerajaan pada PRU kali ke-15 pada November 2022 lalu.

Melalui Belanjawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, terdapat pelbagai bantuan, inisiatif dan sumbangan yang Kerajaan Perpaduan sediakan.

Antaranya, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada pencarum KWSP. Akan tetapi, ia bergantung kepada syarat ahli tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP

Pada sesi pembentagan bajet 2023, yang mana kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan caruman tambahan kepada pencarum KWSP sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada pencarum yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir mencecah 1 Bilion Ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 – 54 tahun
  • Simpangan KWSP kurang daripada 10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM 500

Melalui maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan RM 500 ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Tempoh matang yang dimaksudkan adalah selepas ahli atau pencarum berumur 55 tahun dan ke atas. Bagi ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak layak membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak bantuan yang kerajaan sediakan pada tahun ini melalui Belanjawan Madani yang dibentangkan baru-baru ini. 

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut :








Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button