BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN PEMBIAYAAN BERJUMLAH RM 10,000 KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Pada 24 Feb 2023 Perdana Menteri telah membentangkan bajet 2023 yang beliau namakan Belanjawan Madani.

Semestinya kerajaan akan menyalurkan pelbagai bantuan terutama pada mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah amnya.

Namun terdapat satu bantuan yang telah kerajaan sediakan lebih awal iaitu, Batuan Mobilepreneur yang disalurkan melalui agensi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

SKIM PEMBIAYAAN RM 10,000

Bantuan skim pembiayaan ini iaitu Mobilepreneur 4.0 terbuka kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui TEKUN untuk membantu para usahawan menjana pendapatan yang terjejas akibat penularan Covid 19.

Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini juga merupakan kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah di laksanakan pada tahun sebelum ini.

KADAR PEMBIAYAAN

Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 bermula dari RM1000 – RM10,000 bagi tujuan :

  • Pembelian Motosikal
  • Baik Pulih Motosikal
  • Modal Pusingan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh TEKUN :

  • Wargenegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur di antara 18 hinggga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat hingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Memiliki lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

TEMPOH BAYARAN BALIK

Pihak TEKUN telah menetapkan bahawa tempoh bayaran balik skim pembiayaan ini adalah selama 1 – 3 tahun dengan mengambil kira kelayakan pemohon.

KADAR KEUNTUNGAN

Setiap penerima pembiayaan akan dikenakan 4% setahun

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh merujuk atau hadir sendiri ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan

Bagi usahawan TEKUN sediada, mereka juga layak memohon Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini.

Klik Pautan “CAWANGAN TEKUN” bagi melihat cawangan berhampiran anda.

CAWANGAN TEKUN

Nota : TEKUN tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan pembiayaan ini dan sebarang urusan mengenainya haruslah melalui pejabat TEKUN sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh klik pada pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertai kami di Telegram untuk mengetahui lebih banyak mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan klik di bawah :





Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button