BANTUAN KERAJAAN

PENGELUARAN PENUH KWSP DIBENARKAN UNTUK 4 KATEGORI INI – SEMAK SEKARANG

Tahukan anda bahawa KWSP membenarkan pengeluaran penuh dari simpanan pada bila-bila masa sahaja. Ini untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapai persaraan yang lebih selesa atau pun persedian keperluan yang mendadak.

Baca selanjutnya di bawah.

PENGELUARAN – UMUR 55 TAHUN

Bagi Pencarum KWSP yang mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda telah memasuki umur persaraan. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55.

Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa sahaja.

PENGELUARAN 55 TAHUN 

PENGELUARAN – HILANG UPAYA

Bagi pengeluaran hilang upaya, anda boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental terjejas sehingga ianya menghalang anda untuk bekerja.

Namun ianya juga melalui proses pengesahan oleh pegawai perubatan mengenai hilang upaya fizikal dan mental.

PENGELUARAN HILANG UPAYA

PENGELUARAN – MENINGGALKAN NEGARA

Ahli atau pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain.

Bagi pencarum kategori di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Tetap (PR) 
  • Ekspatriat
  • Pekerja Asing 

yang berhasrat meninggalkan Malaysia boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP. Ini memudahkan pencarum untuk memulakan hidup baru di negara asing.

PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA

PENGELUARAN – KEMATIAN

Bagi pengeluaran kategori ini, sekiranya pencarum KWSP meninggal dunia, simpanan KWSP mereka merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan dalam menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

KWSP menggalakkan anda untuk membuat penamaan waris bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP anda tanpa sebarang kesulitan.

Bantuan Kematian juga akan disalurkan sekiranya layak kepada pewaris atau ahli keluarga di bawah tanggungan ahli KWSP.

PENGELUARAN KEMATIAN

MAKLUMAT LANJUT

SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button