BANTUAN KERAJAAN

PROGRAM BIKECARE-1000 BANTUAN PEMBELIAN MOTOSIKAL RM 8,000 – MOHON SEKARANG

Bantuan tajaan pembelian motosikal melalui Program BIKECARE – 1000 merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan, bagi membantu meringankan beban golongan sasar atau mereka yang kurang bernasib baik.

BANTUAN PEMBELIAN MOTOSIKAL

Bantuan program BIKECARE – 1000 ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi suku pertama 2023. Bagi pemohon yang layak, mereka akan mendapat bantuan pembelian motosikal.

Bantuan ini dikhaskan kepada warganegara yang berkerja di sektor GIG (p-hailing) sekaligus meringankan beban akibat kos sara hidup yang kian meningkat.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi pembelian motor adalah : 

  • RM 8000 (Maksimum)

Bantuan ini adalah bantuan pembelian motosikal sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan antara syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BIKECARE – 1000

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon
  • Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah
  • Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS 
  • Permohonan terbuka kepada pekerja bidang p-hailing (Part-time atau Full time)
  • Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih motosikal yang berharga kurang daripada RM 8000 kebawah sahaja

Sila klik pautan SYARAT PENUH untuk mengetahui syarat penuh permohonan.

CARA MEMOHON

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini bolehlah memuat turun borang di laman web rasmi klik pautan PROGRAM BIKECARE-1000.

Info Penting

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.
  • Setiap makluat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumt palsu.
  • Permohonan yang lewat tidak akan diproses.

DOKUMEN PENTING

Bagi memudahkan urusan permohonan, berikut adalah dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (yang jelas)
  • Salinan Kad Pengenalan Penjamin (Keluarga terdekat)
  • Salinan Penyata Bank Terkini (2 bulan)
  • Salinan Lesen Motosikal
  • Salinan sceenshot Profil Pemohon (Rider)

Pendapatan :

  • Salinan Slip Gaji Terkini (2 bulan) untuk yang mempunyai kerja tetap atau
  • Salinan Penyata Mingguan (8 Minggu) untuk yang bekerja sepenuh masa sebagai Rider atau
  • Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja p-hailing yang sedang berkhidmat sahaja.)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan PROGRAM BIKECARE – 1000 ini adalah pada :
  • 24 MAC 2023

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan kerajaan yang disediakan.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button