BANTUAN KERAJAAN

STR 2023 : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH DIKREDITKAN APRIL INI

Kerajaan telah mengeluarkan jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini dan STR Fasa 2 akan dibayar pada April ini

Dalam pembentangan bajet lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan STR  tambahan sebanyak RM600 kepada penerima yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah satu program bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Pembayaran STR telah dilakukan pada Januari lalu dan akan diteruskan lagi.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

JADUAL PEMBAYARAN STR FASA 2

Jadual pembayaran STR 2023 dan jumlah bantuan yang bakal diterima telah pun dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dikreditkan bermula April ini iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Fasa 3 pula pada Julai nanti.

Untuk makluman, kaedah pembayaran STR tahun 2023 akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima dan tebus secara tunai bagi penerima tiada kad bank.

JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN

Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 200
Pendapatan Bulanan RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
  • RM 100

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.








Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button