BANTUAN KERAJAAN

TERKINI : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2023 KATEGORI BUJANG – SEMAK SEKARANG

Pada Januari lepas bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah telah pun diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Dalam pembentangan bajet 2023 yang lepas. Terdapat 40 jenis bantuan kewangan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia dan bakal dilaksanakan.

Terus ikuti perkongsian di bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah satu program bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada januari lepas. Namun BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

JADUAL PEMBAYARAN STR FASA 2

Jadual pembayaran STR 2023 dan jumlah bantuan yang bakal diterima telah pun dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dikreditkan bermula April ini iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Fasa 3 pula pada Julai nanti.

Untuk makluman, kaedah pembayaran STR tahun 2023 akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima dan tebus secara tunai bagi penerima tiada kad bank.


SYARAT KELAYAKAN STR 2023 (BUJANG)

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2023 (BUJANG)

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori ini :

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

INFO LANJUT

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.








Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button