BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM 200 AKAN DIAGIHKAN PADA HARI INI – SEMAK SEKARANG

Pada 29 Mac yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan 2023 Bacaan Kali Ke-2 di Dewan Negara telah mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023.

Baca selanjutnya di bawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Seramai 270,000 nelayan dan pesawah akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri di Dewan Negara yang mana ini merupakan bantuan tambahan daripada bantuan yang telah diumum ketika Belanjawan 2023.

“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadhan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang menelan belanja RM 170 juta” katanya.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Menurut kepada kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri, kadar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ialah :

  • RM 200 (one-off)

“Pemberian bantuan khas sebanyak RM200 kepada pesawah dan nelayan ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 240,000 orang pesawah dan 38,500 orang nelayan di seluruh negara – Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan.

TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh pembayaran bagi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi pesawah dan nelayan ini ialah pada :
  • 10 April 2023 (Isnin)

PENGAGIHAN BANTUAN

Bantuan ini akan diagihkan melalui agensi-agensi yang telah dilantik oleh pihak kerajaan :

Pesawah :

  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), 
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan,
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Nelayan :

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan 
  • Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

  • Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia
  • Pesawah yang terlibat dalam akitiviti penanaman padi pada tahuan 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
  • Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabayan Perikanan Malaysia (DOF).

“KPKM berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri”.

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button