BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KEWANGAN E-WALLET PERCUMA RM 300 KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Terdapat satu jenis bantuan bagi golongan B40 di Malaysia. Setiap individu yang layak, mereka akan memperolehi bayaran bantuan kewangan e-wallet secara percuma.

Pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu bantuan iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau singkatannya BINGKAS. 

Baca selanjutnya di bawah.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA (BINGKAS)

Bantuan ini telah diperkenalkan ketika pasca pandemik lagi. Melalui program ini, BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas dan keperluan pendidikan agar kualiti hidup rakyat Selangor terus makmur. 

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

KADAR BANTUAN BINGKAS

BINGKAS akan menyalurkan RM 300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

PENERIMA BINGKAS

Berikut adalah tangkap layar (screenshot) daripada penerima yang telah mendapat bantuan Bingkas ini :

SYARAT PERMOHONAN

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 

  • 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 
  • 011-23380075.
Bagi mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan sila klik pautan di bawah.

Related Articles

One Comment

  1. Tajuk bantuan tu perbetulkan sikit .tak rakyat keliru..ewallet 1malaysia rm300 bingkas..bukan semua tu..ewallet hanya untuk rakyat selangor tu baru betul..tak keliru dibuatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button