BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI KEPADA PEKEBUN GETAH, NELAYAN DAN PESAWAH – SEMAK SEKARANG

Kuala Lumpur : Empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023 diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim di Dewan Negara.

Ia melibatkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan perutukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Baca selanjutnya di bawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri di Dewan Negara yang mana ini merupakan bantuan tambahan daripada bantuan yang telah diumum ketika Belanjawan 2023.

“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadhan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang menelan belanja RM 170 juta” katanya.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Menurut kepada kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri, kadar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ialah :

  • RM 200

SYARAT KELAYAKAN

Bagi syarat kelayakan penerima bantuan ini, ianya tertakluk kepada syarat yang telah kerajaan tetapkan bagi setiap kategori penerima bantuan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 baru-baru ini. 

KATEGORI PENERIMA BANTUAN

Terdapat 3 kategori yang akan menerima manfaat ini.

  • Pesawah
  • Nelayan
  • Penoreh Kecil Getah

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button