BANTUAN KERAJAAN

BAYARAN STR FASA 2 MULA DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan ini sebelum Aidilfitri.

Perdana Menteri Berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu. Ini bagi memastikan golongan yang memerlukan menerima bantuan ini dengan segera. 

Baca selanjutnya di bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Sumbangan Tunai Rahmah adalah satu program bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada januari lepas. Namun BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

JADUAL PEMBAYARAN STR FASA 2

Jadual pembayaran STR 2023 dan jumlah bantuan yang bakal diterima telah pun dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dikreditkan bermula awal bulan ini iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Fasa 3 pula pada Julai nanti.

Untuk makluman, kaedah pembayaran STR tahun 2023 akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima dan tebus secara tunai bagi penerima tiada kad bank.


TARIKH PEMBAYARAN STR 2023 FASA 2

Terkini : Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan tarikh pembayaran STR 2023 Fasa 2 melalui laman Facebook beliau iaitu pada :

  • 05 April 2023 (14 Ramadhan 1444)

Maklumat ini juga telah pun di siarkan melaui Buletin 1:30 pada 30 Mac 2023 mengenai pembayaran STR 2023 Fasa 2 Ini.

STR FASA 2 MULA DIKREDITKAN

Melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, segelintir penerima mendakwa bayaran STR Fasa 2 bagi pemegang akaun di Bank Simpanan Nasional telah masuk ke akaun mereka.

Barikut adalah bukti yang sempat kami dapatkan :

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN

Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 200
Pendapatan Bulanan RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
  • RM 100

INFO LANJUT

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button