BANTUAN KERAJAAN

BONUS SEBULAN GAJI ATAU MINIMUM RM 1,000 SEMPENA AIDILFITRI – SEMAK SEKARANG

Bantuan demi bantuan kerajaan disalurkan kepada rakyat demi membantu meringankan beban mereka dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Tambahan pula kemeriahan Hari Raya semakin dirasai.

Atas perkara tersebut, Kerajaan Negeri Selangor memberi Insentif Khas Aidilfitri kepada mereka yang layak.

Baca selanjutnya.

INSENTIF KHAS AIDILFITRI

Berita gembira kepada penjawat awam Negeri Selangor, mereka akan menerima Insentif Khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari yang mana melalui ucapan beliau, anggota perkhidmatan kerajaan negeri ini akan menerima Insentif Khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM 1,000 di Majlis Rapat Rahmah Ramadhan pada 31 Mac 2023.

Bantuan khas itu juga, sebagai menghargai usaha serta komitmen penjawat awam yang tidak mengenal erti penat bersama-sama memakmurkan negeri.

KATEGORI PENERIMA INSENTIF KHAS AIDILFITRI

Berikut merupakan 4 kategori yang layak menerima bantuan ini dengan jumlah dan syarat-syarat yang berbeza mengikut kategori. 

PERTAMA –  MENERIMA SEBULAN GAJI ATAU MINIMUM RM 1,000

Bagi kategori pertama ini, mereka ialah :

  • Penjawat awam di bawah pentadbiran SUK Selangor
  • Penjawart awam persekutuan di bawah pentadbiran SUK Selangor
  • Ahli Dewan Negeri dan
  • Guru KAFA

KEDUA – MENERIMA SEBULAN ELAUN

Bagi kategori kedua, penerima insentif ini ialah :

  • Pemimpin masyarakat (Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawau Perhubungan Perkampungan Kampung Baru / Bagan / Tersusun, Ketua Komuniti India)
  • Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS)
  • Penggerak Belia Selangor (PEBS)

KETIGA – MENERIMA RM 500

Bagi kategori ketiga, penerima insentif ini ialah :

  • Penggerak Masjid (Nazir, Imam Rawatib, Siak dan Bilal)
  • Guru Rakyat (SRA / SRAI / KAFA / PRA) dan

KEEMPAT – MENERIMA RM 200

Kategori terakhir ini, penerima insentif ini ialah :

  • Penjawat awam persekutuan di Negeri Selangor (Di luar pentadbiran setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM 3,000)

TARIKH BAYARAN

Melalui ucapan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, pemberian Insentif Aidilfitri Kita Selangor akan dibayar ke akaun masing-masing selewat-lewatnya pada :

  • 21 April 2023

“Saya harap ia beri kelegaan dan menambah semangat kita semua, selain teruskan momentum sedia ada,” – Menteri Besar Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk info terkini mengenai jawatan kosong dan bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button