i-FITRI PERANTAU : BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM 400 KEPADA PERANTAU – MOHON SEKARANG
Seperti tahun lepas pada 2022, i-Fitri Perantau merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai makluman, permohonan bantuan i-Fitri Perantau ini telahpun dibuka. Bagi pemohon yang berkelayakan, mereka boleh memohon secara atas talian.
Baca selanjutnya di bawah.
BANTUAN i-FITRI PERANTAU
i-Fitri Perantau merupakan bantuan kewangan yang disediakam oleh kerajaan Negeri Terenggganu kepada rakyatnya. Bantuan ini akan disalurkan ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Di atas dasar keperihatinan untuk meringankan beban rakyat didalam persediaan menyambut Aidilfitri bantuan ini masih lagi diteruskan pada tahun ini.
KADAR BANTUAN i-FITRI PERANTAU
Kadar bantuan i-Fitri Perantau yang ditawarkan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak :
- RM250 – RM400
kadar ini berdasarkan dengan kadar bantuan tahun lalu. Kadar bantuan ini juga akan ditentukan mengikut kategori kelayakkan pemohon.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bantuan i-Fitri Perantau ini dibuka pada
- 01 April – 15 April 2023
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan i-Fitri
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
- Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu dan menetap di luar negeri (perantau)
- Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu (KIR atau pasangan)
- Individu yang ingin mohon perlu mengisi terlebih dahulu maklumat peribadi dan keluarga di dalam Sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
- Kepada penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon
- Kepada peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500
PANDUAN PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklut lanjut anda boleh layari laman sesawang https://ibantuan.terengganu.gov.my
SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA