BANTUAN KERAJAAN

KERAJAAN NEGERI : BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM 500 – SEMAK SEKARANG

Pada pembentangan Bajet 2023 tahun lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak 5.138 billion dan merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah Negeri Sabah sejak merdeka dan tema belanjawan adalah Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

Antara yang dibentangkan dalam belanjawan tersebut adalah Bantuan Khas Kewangan .

Ikuti perkongsian di bawah :

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Seperti sedia maklum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri Sabah telah diagihkan pada Januari tahun ini dengan nilai setengah bulan gaji dengan kadar minima RM 1,000 bagi meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan. 

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Sabah juga menyediakan satu lagi Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 

Melalui pelaksanaan bantuan khas aidilfitri ini, Kakitangan awam akan menerima bantuan khas ini sebanyak :

  • RM 500
“Saya berharap agar para penjawat awam dapat berusaha dengan
cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat
dipertingkatkan” – Ketua Menteri Sabah.

Info : Seramai 20,271 penjawat awam akan menerima manfaat ini.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini. Ianya bakal dikreditkan pada pertengahan bulan April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bagi kakitangan awam yang layak bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Sumber : Ucapan Belanjawan Negeri Sabah 2023

Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button