BANTUAN KERAJAAN

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PENGELUARAN SIMPANAN KWSP FSA2 – MOHON SEKARANG

KWSP telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan duit simpanan mereka dengan bersyarat. Pengeluaran ini dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Permohonan awal untuk Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Baca selanjutnya di bawah.

APAKAH FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan untuk membolehkan pencarum KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu pencarum KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

KADAR PEMBIAYAAN FSA2

Bagi kadar pembiayaan adalah tertakluk kepada baki simpanan akaun 2 pencarum iaitu :

  • Minimum – RM 3,000.00
  • Maksimum – RM 50,000.00

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan pengeluaran KWSP ini. Antaranya :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh pencarum KWSP:

Langkah 1: 

Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 2: 

Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 3: 

Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan FSA2 ini adalah bermula pada :

  • 07 April 2023 – MBSB
  • 14 April 2023 Sehingga 4 April 2024 – BSN

namun ia tertakluk kepada institusi perbankan yang mengambil bahagian bagi pembiayaan FSA 2 ini.

INSTITUSI PERBANKAN YANG MENAWARKAN PEMBIAYAAN

Buat permulaan, terdapat 2 institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan iaitu :

  • Malaysia Building Society Berhad Bank (MBSB)
    – melalui program (Ihsan – i FSA2)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
    – melalui program (BSN MyRinggit Insan – i)

PROSES PEMBIAYAAN KWSP FSA2

Ihsan – i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) – MBSB Bank

Sila klik pautan untuk terma dan syarat pemohonan – Ihsan – i FSA2

BSN MyRinggit Insan – i

Sila klik pautan untuk menyemak kelayakan anda – https://www.bsn.com.my/

Pautan soalan lazim – SOALAN LAZIM

MAKLUMAT LANJUT

Kepada pencarum yang ingin mengetahui lebih lanjut dan soalan lazim mengenai FSA2 ini, bolehlah melayari laman sesawang rasmi KWSP www.kwsp.gov.my/fsa2 

Bagi mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan sila klik pautan di bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button