BANTUAN KERAJAAN

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM 400 – MOHON SEKARANG

Seperti tahun lepas pada 2022, i-Fitri Perantau merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai makluman, permohonan bantuan i-Fitri Perantau ini telahpun dibuka. Bagi pemohon yang berkelayakan, mereka boleh memohon secara atas talian.

Baca selanjutnya di bawah.

BANTUAN i-FITRI PERANTAU

i-Fitri Perantau merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terenggganu kepada rakyatnya. Bantuan ini akan disalurkan ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Di atas dasar keperihatinan untuk meringankan beban rakyat didalam persediaan menyambut Aidilfitri bantuan ini masih lagi diteruskan pada tahun ini.

KADAR BANTUAN i-FITRI PERANTAU

Kadar bantuan i-Fitri Perantau yang ditawarkan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak : 

  • RM250 – RM400 

kadar ini berdasarkan dengan kadar bantuan tahun lalu. Kadar bantuan ini juga akan ditentukan mengikut kategori kelayakkan pemohon.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan i-Fitri Perantau ini dibuka pada 

  • 06 April – 20 April 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan i-Fitri

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu dan menetap di luar negeri (perantau)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu (KIR atau pasangan)
  • Individu yang ingin mohon perlu mengisi terlebih dahulu maklumat peribadi dan keluarga di dalam Sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Kepada penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon
  • Kepada peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin memohon bantuan ini, anda boleh melakukan di atas talian dengan melayari laman sesawang rasmia i-Bantuan https://ibantuan.terengganu.gov.my 
Disertakan manual permohonan bantuan i-Fitri Perantau Manual Permohonan i-Fitri Perantau

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklut lanjut anda boleh layari laman sesawang https://ibantuan.terengganu.gov.my

SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button