BANTUAN KERAJAAN

RASMI : BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM350 & RM700 DIBAYAR PADA 14 APRIL 2023

Ketika Perdana Menteri mengumumkan Bajet 2023, terdapat satu bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Ikuti perkongsian di bawah :

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Berita gembira kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan tahuan ini. Mereka akan bakal menerima bonus Aidilfitri pada April nanti berjumlah sehingga : 

  • RM700

Ini merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan tugas kepada negara dan khidmat kepada masyarakat.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, ianya akan dikreditkan sebelum Aidilfitri.

Merujuk kepada Jadual Pembayaran Emolumen bulanan, bayaran gaji akan dibuat pada : 

  • 17 April 2023

Kakitangan awam dan pesara kerajaan yang layak bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

BAYARAN GAJI DI AWALKAN

Berita gembiran kepada Penjawat Awam Persekutuan, mereka akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya pada :

  • 14 April 2023 (Esok)

Ianya di awalkan 3 hari berbanding 17 April seperti yang telah dijadualkan sebelum ini. Ia turut membabitkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM 700 yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023.

“Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewat-lewatnya 14 April kita selesaikan,” katanya selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya, hari ini.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri adalah sepeti berikut:
  • Penjawat Awam – Gred 56 dan ke bawah, termasik kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta kakitangan lantikan di bawah program MySTEP.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Melalui pelaksanaan Bantuan Khas Kewangang Aidilfitri ini. Kakitangan awam dan pesara kerajaan masiing-masing akan menerima bantuan sebanyak :

  • Penjawat Awam – RM700
  • Pesara Kerajaan – RM350

Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button