BANTUAN KERAJAAN

SENARAI BANTUAN KHAS SEMPENA AIDILFITRI MENGIKUT NEGERI

Pada umumnya apabila menjelang hari perayaan, pihak kerajaan sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri akan memberikan bantuan kewangan ataupun bonus bagi membantu rakyat dalam persiapan menjelang hari perayaan itu.

Baca selanjutnya di bawah.

SENARAI BANTUAN SEMPENA AIDILFITRI

Selain dari kerajaan pusat kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kewangan sempena aidilfitri. Dihalaman kali ini, dikongsikan maklumat mengenai inisiatif atau bantuan kewangan atau kebiasaannya dipanggil bonus hari raya mengikut kerajaan disetiap negeri.

Dengan kadar yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah di antara RM 350 sehingga RM 1,500.

Berikut merupakan senarai kerajaan negeri yang menyediakan bantuan kewangan di aidilfitri dan kadar bayaran mengikut negeri :

  • Kerajaan persekutuan memberi bantuan khas kewangan aidilfitri kepada seluruh penjawat awam gred 56 kebawah dan pesara kerajaan. Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM700 dan RM350.
  • Penjawat awam negeri Terengganu akan menerima bonus aidilfitri berjumlah RM700.
  • Seramai kira-kira 8 ribu penjawat awam negeri Pahang terima bantuan khas raya 2023 dengan jumlah RM1,200.
  • Bantuan kewangan khas aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam negeri sembilan.
  • Penjawat awam negeri Selangor terima bantuan raya aidilfitri minima RM1,000 atau sebulan gaji.
  • Negeri Perak telah umum bantuan sempena raya RM700 kepada penjawat awam.
  • Kerajaan negeri Kedah bersetujui menyalurkan pemberian bantuan khas aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri.
  • Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan menerima bantuan khas raya sebanyak RM1,500.
  • Kerajaan negeri Johor memberikan bantuan hari raya sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam negeri.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Seperti sedia maklum, bantuan khas sempena aidilfitri ini akan dikreditkan secara berperingkat. Tarikh bayaran bantuan ini mengikut ketetapan yang telah kerajaan negeri tentukan.

Bayaran bantuan ini bermula dari 17 April 2023 dan selewat-lewatnya pada 21 April 2023 iaitu sebelum hari raya aidilfitri.

Nota : Senarai bantuan yang dimaklumkan di atas adalah khas kepada penjawat awam persekutuan dan negeri sahaja.

SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button