BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN AM KERAJAAN BERJUMLAH RM350 PADA MEI INI

Pada tahun pelbagai bantuan diteruskan dan yang baru diperkenalkan akan dilaksanakan bagi membantu rakyat khususnya untuk golongan B40 yang terjejas.

Pada Mei ini, terdapat satu bantuan yang boleh anda mohon, dimana setiap mereka yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM350 sebulan.

Baca selanjutnya di bawah.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BANTUAN

Bagi kadar Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat bayaran sebanyak :

  • RM 100 – RM 350 (maksimum)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 

CARA MOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

BORANG BERKAITAN

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada anda yang telah membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan. Berikut adalah cara dan kaedah bagi menyemak status permohonan secara online :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button