BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN TAMBAHAN RM600 KEPADA PENERIMA STR

Sukacita dimaklumkan bahawa kepada Penerima STR anda akan menerima bantuan tambahan. 

Ikuti perkongsian lanjut di bawah. 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan yang kerajaan lancarkan pada tahun ini bagi membantu golongan sasar yang berkelayakan dan membantu mengurangkan sedikit bebanan hidup yang kian mencabar. 

Pembayaran bagi bantuan ini dilaksanakan dalam 4 peringkat yang bermula pada Januari lalu. Namun kerajaan telah mengumumkan terdapat tambahan pada bantuan STR pada kali ini.

PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM600 

Bantuan tambahan STR ini dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan penerima bantuan tambahan ini terhad kepada :

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
  • Mestilah pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169        berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

JUMLAH BANTUAN STR 2023

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebanyak RM 2500 bagi mereka yang layak dan ianya bergantung kepada bilangan anak pemerima STR.

Dengan nilai tambahan sebanyak RM600 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani yang lepas, jumlah keseluruhan bagi bantuan STR adalah sebanyak
RM 3100 kepada mereka yang layak.

APAKAH BANTUAN RM600?

Untuk makluman, bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani lalu bukanlah dalam bentuk tunai. 

Bantuan tambahan yang dimaksudkan adalaha bantuan yang berbentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan asas dengan jumlah keseluruhan  : 

  • RM600

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar bagi barangan makanan asas bernilai : 

  • RM 100 bagi tempoh 6 bulan.

Sila rujuk jadual pembayaran di bawah :

Merujuk kepada jadual di atas, pengagihan bantuan STR tambahan ini adalah bermula pada :

  • Julai – Disember

Layari laman rasmi e-kasih www.ekasih.icu.gov.my semak kelayakan anda.

Baca Bantuan Penuh RM 2,000

MAKLUMAT LANJUT

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button