BANTUAN KERAJAAN

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KREDIT E-DOMPET RM200 SECARA PERCUMA

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bantuan kredit e-Dompet berjumlah RM200 secara percuma

Program e-dompet percuma ini dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta penerima yang layak

Semak kelayakan anda.

BANTUAN E-DOMPET 2023

Bantuan ini merupakan langkah bijak yang kerajaan laksanakan dalam membantu golongan belia. Tujuannya adalah, bagi meringankan atau memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai dan usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Dengan peruntukan RM400 Juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 20 tahun jumlah bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah :

  • RM 200
berbeza pada tahun sebelumnya yang mana, bantuan yang kerajaan terdahulu sedia kepada belia di negara ini adalah 
  • RM 150

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bantuan e-Tunai Rahmah adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan Belia berumur 18 – 20 Tahun

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada semua pelajar di universiti tanpa mengira usia.

Sila Klik Pautan Dialog PM Bersama Mahasiswa UiTM

CARA MENEBUS E-TUNAI

Seperti tahun sebelum ini kepada golongan belia yang menepati syarat kelayakan boleh menebus bantuan ini di platform e-dagang pilihan masing-masing seperti :
  • Grabpay 
  • Shopeepay, 
  • Touch n Go ewallet dan 
  • Bigpay. 
Penebusan bantuan e-Tunai Rahmah RM200 ini hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.

TARIKH PERMOHONAN

Mengenai tarikh permohonan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini, pihak kami akan segera memaklumkan sekiranya mendapat makluman rasmi dari masa ke semasa.

Apa yang kita harapkan agar pihak kerajaan dapat menyegerakan dalam melaksanakan program ini.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan sila klik pautan di bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button