BANTUAN KEWANGAN E-DOMPET SEBANYAK RM300 KEPADA INDIVIDU YANG LAYAK
Tahukah anda di dalam Malaysia terdapat banyak negeri yang menyediakan bantuan-bantuan kewangan kepada rakyatnya?
Salah satunya bantuan yang disediakan kerajaan negeri ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Baca selanjutnya di bawah.
BANTUAN BINGKAS
Bantuan BINGKAS ini ialah bantuan kredit e-wallet secara percuma. Ianya akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas dan keperluan pendidikan agar kualiti hidup rakyat Selangor terus makmur.
Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.
KADAR BANTUAN
- RM 300 / bulan (ditambah nilai secara automatik)
MANFAAT BINGKAS
Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :
PENERIMA BINGKAS
SENARAI BARANG
Berikut merupakan senarai barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dalam program BINGKAS ini :
SYARAT PERMOHONAN
Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS
Program ini dibuka untuk :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
CARA MEMOHON
Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :
- Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
- Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
- 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di
- 011-23380075.
Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.