BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN ONE-OFF RM 500 KE AKAUN 1 KWSP – MOHON SEKARANG

Pengeluaran demi pengeluaran telah dibuat oleh pencarum melalui program i-citra, i-sinar, i-lestari dan pengeluaran khas, Ini mengakibatkan jumlah tabungan pencarum KWSP berkurangan.

Atas perkara tersebut, melalui Bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, terdapat pelbagai bantuan, inisiatif dan sumbangan yang Kerajaan Perpaduan sediakan.

Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP

Pada sesi pembentangan bajet 2023, yang mana kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan caruman tambahan kepada pencarum KWSP sebanyak RM500 yang akan ditambahkan ke Akaun 1 kepada pencarum yang layak.

Melalui ucapan Perdana Menteri, program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir mencecah 1 Billion Ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia,
  • Berumur 40 – 54 tahun,
  • Simpangan KWSP kurang daripada 10,000 dalam akaun 1.

SEMAKAN BAKI AKAUN KWSP

Bagi mengetahui baki simpanan akaun KWSP anda, ada beberapa cara untuk menyemak baki simpanan anda iaitu :

  • Hadir sendiri ke cawangan KWSP berhampiran (walk in).
  • Melalui Kiosk di KWSP.
  • Melalui online i-Akaun.

Semakan secara online hendaklah melalui portal i-Akaun (ahli) melalui pautan di bawah :

SEMAKAN BAKI SIMPANAN KWSP 

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM 500

Melalui maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan RM 500 ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Tempoh matang yang dimaksudkan adalah selepas ahli atau pencarum berumur 55 tahun dan ke atas. Bagi ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak layak membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Klik Pautan “PENGELUARAN KHAS KWSP” untuk mengetahui ketegori yang dibenarkan.

Sertai kami di Telegram bagi mengetahui bantuan yang kerajaan sediakan pada tahun ini melalui Belanjawan Madani 2023 yang dibentangkan baru-baru ini. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button