BANTUAN KERAJAAN

BAYARAN TAMBAHAN BERJUMLAH RM 600 DIBERIKAN KEPADA KELUARGA YANG LAYAK

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan wang tunai telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan Madani 2023 pada Februari lalu.

Dalam teks ucapan beliau, PM telah mengumumkan bahawa terdapat bantuan tambahan sebanyak RM 600 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini.

Ikuti perkongsian lanjut di bawah. 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak dari segi pendapatan isi rumah, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM 600

Bantuan tambahan STR ini dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan penerima bantuan tambahan ini terhad kepada :

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
  • Mestilah pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169        berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

JUMLAH BANTUAN STR 2023

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebanyak RM 2,500 bagi mereka yang layak dan ianya bergantung kepada bilangan anak pemerima STR.

Dengan nilai tambahan sebanyak RM 600 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani yang lepas, jumlah keseluruhan bagi bantuan STR adalah sebanyak
RM 3,100 kepada mereka yang layak.

APAKAH BANTUAN RM600?

Untuk makluman, bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani lalu bukanlah dalam bentuk tunai. 

Bantuan tambahan yang dimaksudkan adalaha bantuan yang berbentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan asas dengan jumlah keseluruhan  : 

  • RM600

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar bagi barangan makanan asas bernilai : 

  • RM 100 bagi tempoh 6 bulan.

Sila rujuk jadual pembayaran di bawah :

Merujuk kepada jadual di atas, pengagihan bantuan STR tambahan ini adalah bermula pada :

  • Julai – Disember

Layari laman rasmi e-kasih www.ekasih.icu.gov.my semak kelayakan anda.

Baca Bantuan Penuh RM 2,000

MAKLUMAT LANJUT

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button