BANTUAN KERAJAAN

STR FASA 3 : TARIKH RASMI BAYARAN SEHINGGA RM800 TELAH DIUMUMKAN

Pembayaran STR Fasa 1 telah pun diagihkan pada Januari dan bayaran STR Fasa 2 diagihkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada awal bulan April. 

Kini rakyat mula bertanya bilakah STR fasa 3 akan dikreditkan. Ini berikutan Hari Raya Aidiladha akan tiba di penghujung bulan Jun nanti.

Baca selanjutnya.

APAKAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada januari lepas. Namun BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3

Seperti yang telah di maklumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan 4 kali setahun.

Bayaran bagi STR Fasa 1 & 2 telah pun dilaksanakan. Bagi fasa 3 pula, bayaran akan mula dilaksanakan pada :

  • Fasa 3 – Julai 2023
Namun begitu tiada tarikh tetap diumumkan bagi pelaksanaan STR Fasa 3 ini. Pihak kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 mungkin diawalkan, berikutan yang mana pada akhir Jun (*29 Jun 2023) merupakan tarikh Hari Raya Aidiladha.

* tertakluk perubahan mengikut kaedah melihat anak bulan (rukyah dan hisab)

Namun apa yang kita harapkan agar pembayaran STR fasa 3 dilakukan sebelum tibanya Hari Raya Aidiladha.

(Semak jadual di bawah untuk jumlah bayaran STR fasa 3 pada julai nanti)

CARA SEMAKAN STATUS STR

5 Kaedah untuk menyemak status STR anda, sila klik pautan – Semakan Status STR

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN

Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 300
  • 1-2 Anak – RM 400
  • 3-4 Anak – RM 600
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 800
Pendapatan Bulanan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0 Anak – RM 0
  • 1-2 Anak – RM 150
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 250

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 200

BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)

  • RM 150

INFO LANJUT

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button