BANTUAN KERAJAAN

MYPSV : PERMOHONAN LESEN PSV SECARA PERCUMA BAGI B40 KINI DIBUKA – MOHON SEKARANG

Program MyPSV adalah suatu inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dengan tujuan untuk memperkasakan kumpulan B40. 

Bantuan ini telah diumumkan ketika Perdana Menteri membentangkan Belanjawan Madani 2023 pada Februari lalu.

Baca selanjutnya di bawah.

OBJEKTIF PROGRAM MyPSV

Bantuan ini bertujuan membantu golongan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) e-hailing / Teksi / Bas (BTM > 7,500 kg).

Bantuan ini juga dapat memperkasakan golongan B40 serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonimi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.

KOS YURAN YANG DI TAJA

Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan :

  • Fi Latihan,
  • Amali,
  • Ujian dan
  • Lesen.

Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.

KUOTA PERMOHONAN MyPSV

Kuota permohonan bagi program MyPSV ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja dan dibahagikan kepada 2 Kategori iaitu :

  • 3,500 Peserta – Permohonan PSV e-Hailing/Teksi
  • 500 Peserta – Permohonan PSV Bas (BTM > 7,500 kg)

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan keutamaan diberikan kepada golongan B40.

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun dan ke atas
  • Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  • Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing / Teksi
  • Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  • Bebas Senarai hitam (Mahkamah, JPJ & PDRM)
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN MyPSV

Permohonan bantuan ini melalui atas talian. Sila layari BORANG PERMOHONAN MyPSV untuk memohon bantuan ini.

Pemohon yang layak akan dihubungi oleh urus setia melalui surat dan e-mail dan peserta yang tidak menerima tawaran selama 4 minggu dari tarikh permohonan dibuat adalah dianggap gagal.

Tiada permohonan rayuan dibuka bagi permohonan yang gagal.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM MyPSV

Tarikh permohonan MyPSV adalah bermula pada 3 Julai 2023.

Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV 2023 adalah sehingga kuota penyertaan program ini telah dipenuhi.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai Program MyPSV 2023 ini juga boleh diikuti di akaun facebook
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Sertai Channel Telegram PORTAL SEMASA untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button