BANTUAN KERAJAAN

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 800 KINI DI BUKA – MOHON SEKARANG

Selain STR yang telah diagihkan Jun lalu, kerajaan juga telah membuka permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada bulan yang sama.
Setiap pemohon yang layak akan dibayar secara pemindahan dana elektronik terus ke akaun penerima.

Sila ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang mana pihak Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada pekebun kecil / penoreh getah bagi meringankan beban kewangan mereka.

Bantuan ini akan disalurkan sebanyak 4 fasa oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

TARIKH PERMOHONAN BMT

Tarikh rasmi permohonan dan pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh 2023 telah pun dibuka pada :

  • 15 Jun 2023 – 15 September 2023

KADAR BANTUAN BMT

Kadar bantuan ini untuk tahun 2023, telah ditingkatkan berbanding kadar pada tahun sebelum ini iaitu :

  • RM 600
  • RM 800

TARIKH PEMBAYARAN BMT

Bagi tarikh pembayaran / pengagihan bantuan BMT pada 2023 ianya dilakukan dalam 4 fasa berbanding sebelum ini sebanyak 2 fasa.

Melihat kepada laman rasmi Belanjawan Madani 2023 bantuan ini akan disalurkan bermula pada :

  • Fasa 1 – RM 200 (Nov, 2023)
  • Fasa 2 – RM 200 (Dec, 2023)
  • Fasa 3 – RM 200 (Jan, 2024)
  • Fasa 4 – RM 200 (Feb, 2024)

SYARAT KELAYAKAN BMT

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi penoreh getah pemilik tanah atau pun bukan pemilik tanah yang memohon bantuan ini :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki / menoreh di lot berkeluasan 0.1 – 2.5 hektar.
  • 1 lot untuk seorang penerima sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan ini dibuat.

CARA MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat melalui :

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan info lengkap bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sila klik pautan :

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button