BANTUAN KERAJAAN

PERMOHONAN RAYUAN STR : TARIKH TUTUP DAN KAEDAH PERMOHONAN – SEMAK SEKARANG

 

Bayaran STR bagi fasa 3 telah pun diagihkan kepada penerima secara berperingkat. Bagi Permohonan STR yang berstatus Tidak Lulus, anda boleh membuat permohonan rayuan kepada LHDN berhampiran anda.

Ini sebagai langkah bagi memastikan program STR ini disasarkan kepada mereka yang layak untuk semakan semula dengan mengemukakan semula dokumen berkaitan kepada LHDN.

Baca selanjutnya.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Melihat kepada laman rasmi belanjawan 2023 tarikh tutup permohonan rayuan bagi permohonan tidak lulus adalah pada :

  • Permohonan Rayuan : 31 Julai 2023 (Isnin)

CARA PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat 2 Kaedah untuk membuat permohonan rayuan str 2023 :

  • Atas Talian : 
  • Menghantar sendiri :
    • Sila bawa borang rayuan ke pejabat LHDNM bedekatan anda.
      • Menghantar Borang Rayuan STR beserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

Namun anda digalakkan  untuk membuat Permohonan Rayuan STR ini secara dalam talian kerana kaedah tersebut adalah lebih cepat, mudah dan selamat.

CARA PERMOHONAN RAYUAN MELALUI ONLINE

Berikut adalah langkah-langkah Permohonan Rayuan STR dalam talian :

  • Klik butang Permohonan Rayuan.
  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti yang diminta.
  • Muatnaik dokumen yang diperlukan dan klik pautan muatnaik.
  • Kemudian sahkan Captcha.
  • Klik Hantar “Permohonan Rayuan Berjaya Dihantar” Klik Ok.
  • Klik Cetak untuk menyimpan satu salinan rekod permohonan anda.

Klik Pautan SOALAN LAZIM untuk maklumat lanjut Permohonan Rayuan STR.

KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR

Berikut adalah syarat pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah :

  • Permohonan yang berstatus Tidak Lulus STR: atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Penerima bayaran STR Fasa 3 merujuk kepada penerima yang telah membuat permohonan  baharu / kemaskini permohonan pada 1 Mac – 31 Mac 2023 dan telah disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalan Negeri Malaysia (LHDN).

INFO LANJUT

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button