BANTUAN KERAJAAN

STR 2023 : BANTUAN TUNAI SEBANYAK RM 1300 UNTUK KATEGORI INI – SEMAK SEKARANG

Pada tahun ini Kerajaan Perpaduan memperkenalkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan pembayaran bantuan ini dilaksanakan 4 kali setahun pada tahun ini. tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 

Seperti sedia maklum, bayaran terkini bagi STR adalah Fasa 3 dan telah pun diagihkan pada 26 Jun lalu kepada semua penerima yang layak. 

Ikuti Perkongsian di bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak dari segi pendapatan isi rumah, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

PENERIMA BAYARAN RM 1300

Bagi pemohon STR yang baru sahaja memohon pada Mac lalu, mereka akan menerima bayaran pada fasa 3 ini sebanyak RM 1,300 berikutan bayaran bagi fasa 1 dan 2 juga dikreditkan serentak ke akaun penerima yang layak mengikut kategori ini :

  • Pendapatan Isi Rumah di bawah RM 2,500 dan 
  • Mempunyai anak 5 orang ke atas.
  • Fasa 1 (RM300) + Fasa 2 (RM200) + Fasa 3 (RM800) = RM 1,300.00

(sila semak jadual di bawah)

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN

Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 300
  • 1-2 Anak – RM 400
  • 3-4 Anak – RM 600
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 800
Pendapatan Bulanan RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – Tiada Bayaran
  • 1-2 Anak – RM 150
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 250

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 200

BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)

  • RM 150

MAKLUMAT LANJUT

Kepada mereka  yang permohoanan mereka berstatus “TIDAK LULUS” mohon rayuan STR anda klik pautan – Di Sini

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai jawatan kosong dan juga bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button