BANTUAN KERAJAAN

STR : KAEDAH RAYUAN STR 2023 PERMOHONAN BERSTATUS TIDAK LULUS – MOHON SEKARANG

Pembayaran STR bagi fasa 3 telah pun diagihkan kepada penerima secara berperingkat bermula 26 Jun sehingga 5 Julai 2023. Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih dari RM 2 Bilion.

Bagi permohonan baru yang berstatus tidak lulus anda boleh membuat permohonan rayuan kepada LHDN pada julai ini.

Baca selanjutnya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas dan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Bagi mereka yang telah membuat permohonan STR 2023 pada mac lalu dan permohonan anda tidak diluluskan. Anda boleh membuat permohonan rayuan kepada LHDN. 

Melihat kepada laman rasmi belanjawan 2023 tarikh permohonan rayuan bagi permohonan tidak lulus akan dibuka pada :

  • Permohonan Rayuan : 3 – 31 Julai 2023

CARA PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat 2 Kaedah untuk membuat permohonan rayuan str 2023 :

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

INFO LANJUT

Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button