BANTUAN KERAJAAN

BKK : JUMLAH, SYARAT DAN CARA MEMOHON BANTUAN INI

Di Malaysia dan ibu bapa yang mempunyai anak dalam jagaan mereka boleh memohon bantuan ini untuk anak-anak dalam jagaan mereka.

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kanak-Kanak atau BKK ini adalah salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca Selanjutnya.

TUJUAN

BKK adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh JKM bagi tujuan :

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

JUMLAH BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Jumlah ataupun kadar bantuan bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang dan kadar maksimum sebanyak RM 1000 sebulan sekeluarga mengikut agihan pecahan berikut :

  • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun & ke bawah
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN BKK

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

CARA MEMOHON

Terdapat 2 kaedah permohonan BKK iaitu :

  • Permohonan Atas Talian (online) atau
  • Terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM

Anda juga perlu mengisi borang sebelum ke pejabat JKM. Sila klik pautan dibawah bagi muat turun borang tersebut :

JKM 18 BORANG PERMOHONAN BANTUAN

JKM 20 BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan bagi tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. 

Ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan bukan hak.

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan yang di sediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh melayari lawan rasmi JKM https://www.jkm.gov.my/

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia. PORTAL SEMASA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button