BANTUAN KERAJAAN

E-WALLET : BANTUAN RM200 MASIH DIBUKA SEHINGGA 22 OGOS 2023

Selain STR yang telah diagihkan Jun lalu, kerajaan juga telah membuka permohonan bantuan e-dompet kepada rakyat Malaysia pada bulan yang sama.

Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan E-Tunai Belia Rahmah.

Ikuti perkongsian di bawah.

E-DOMPET 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia di Malaysia. Ianya merupakan sebuah bantuan yang tidak berbentuk kewangan tetapi dikreditkan ke akaun e-tunai penerima bernilai RM 200.

Program ini bertujuan memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai dan usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia.

Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

JUMLAH BAYARAN

Dengan peruntukan RM400 Juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 21 tahun jumlah bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah :

  • RM 200

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bantuan e-Dompet adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan Belia berumur 18 – 21 Tahun
  • Klik Pautan Ini – Syarat e-Dompet 2023

CARA MENEBUS E-TUNAI

Seperti tahun sebelum ini kepada golongan belia yang menepati syarat kelayakan boleh menebus bantuan ini di platform e-dagang pilihan masing-masing seperti :

  • Grabpay 
  • Shopeepay, 
  • Touch n Go ewallet dan 
  • Bigpay. 

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda.

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ tebus:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

TARIKH PENEBUSAN

Bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan mula disalurkan pada :

  • 26 Jun 2023 (Isnin) sehingga 22 Ogos 2023

Manakala, kredit RM 200 itu sah sehingga 31 Ogos. Belanjakan ia sebelum 31 Ogos 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button