BANTUAN KERAJAAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH : KAEDAH MEMBUAT BAYARAN BELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN

Belanjawan Madani 2023 : Bayaran pertama Sumbangan Asas Rahmah (SARa) telah pun dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak untuk pembelian barangan asas.

Kini kami kongsikan kaedah atau cara membuat belian atau bayaran dengan kredit (SARa) yang telah dimasukkan ke dalam MyKad penerima di pasaraya terpilih.

Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa) RM600 

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif STR yang bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.

Penerima STR yang tersenarai sebagai MISKIN TEGAR mengikut data eKasih sehinggga 28 Feb 2023 akan menerima bantuan dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai berjumlah :

  • RM 600

Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat sebanyak iaitu RM 100 untuk tempoh 6 bulan (Julai – Disember). Namun terdapat beberapa negeri yang mana bantuan ini akan dikreditkan sekaligus ke akaun penerima ataupun secara tunai.

LANGKAH MEMBELI BARANGAN MELALUI PROGRAM SARa

Berikut beberapa langkah untuk membeli barang keperluan asas.

    1. Pilih barangan keperluan 
        Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai
        label MyKasih di rak tanda harga.

    2. Tunjukkan MyKad Untuk Pengesahan
        Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.

    3. Imbas Kod Barangan
        Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan makanan yang dibeli.

    4. Bayar Menggunakan MyKad
        Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6 digit untuk mengesahkan transaksi.

    5. Simpan Resit Untuk Semakan
        Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di Pasaraya / Kedai Runcit Terpilih

MAKLUMAT LANJUT

Sila klik pautan di bawah untuk lebih informasi mengenai bantuan yang kerajaan sediakan:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button