BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN TUNAI RM 500 SEBULAN SEORANG – BPT

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan hari ini bagi membantu mereka yang terjejas dan yang memerlukan.

Terdapat juga bantuan yang disalurkan kepada mereka yang menjaga / berkhidmat menjaga OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Baca Selanjutnya di bawah.

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR/
PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan ianya juga bertujuan untuk menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.

KELAYAKAN

Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mereka yang hendak memohon bantuan ini :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

KADAR BANTUAN (BPT)

Kadar bantuan (BPT) ini telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak :

  • RM 500 Sebulan Seorang

CARA MEMOHON (BPT)

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara

  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lengkap mengenai bantuan ini sila layari laman sesawang di bawah :

Sertai kami di Telegram PORTAL SEMASA untuk mendapatkan lebih banyak informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button