BANTUAN KERAJAAN

STR 2024 : JUMLAH BAYARAN MAKSIMUM DINAIKKAN PADA TAHUN HADAPAN

KUALA LUMPUR – Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM3,700 tahun depan berbanding kadar sedia ada RM3,100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Baca selanjutnya di bawah.

STR 2024

Perdana Menteri berkata, pemberian STR akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.

Secara keseluruhan, katanya, peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu RM8 bilion tahun ini kepada RM10 bilion tahun depan.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR,” jelasnya.

TARIKH BAYARAN STR 2024

“Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.

“Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 ringgit yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadhan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi STR 2024 akan dibuka pada November 2023. Ianya juga mengambil pendekatan yang berbeza yang mana permohonan STR 2024 ini akan terbuka sepanjang tahun tidak seperti sebelumnya.

MAKLUMAT LANJUT

Ikuti kami di Telegram Portal Semasa untuk lebih maklumat mengenai Bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini di Sektor Swasta dan Kerajaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button