STR : PEMBAYARAN FASA 4 DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT BERMULA HARI INI – SEMAK SEKARANG
![](https://portalsemasa.com/wp-content/uploads/2023/11/BANTUAN-KERAJAAN-86-780x470.png)
Seramai 5.22 juta penerima STR yang berdaftar bakal menerima bayaran sehingga RM 1,200 sebelum menjelang perayaan Deepavali.
Sama seperti STR Fasa 1, 2 dan 3, bayaran STR fasa akhir iaitu fasa 4 dibayar secara berperingkat mengikut bank penerima bantuan ini.
Baca selanjutnya di bawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka.
Ianya bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4
Seperti yang telah di maklumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat melalui 4 fasa dalam setahun.
Bayaran bagi STR Fasa 1, 2 & 3 telah pun dilaksanakan. Bagi STR fasa 4 pula, bayaran akan mula dilaksanakan secara berperingkat bermula pada :
- Fasa 4 – 7 November 2023 (Hari Ini)
(Semak jadual di bawah untuk jumlah bayaran STR fasa 4 November ini)
![](https://portalsemasa.com/wp-content/uploads/2023/10/fasa-4a.png)
SEMAKAN STATUS STR FASA 4
5 Kaedah untuk menyemak status STR anda, sila klik pautan – Semakan Status STR
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnOabY1W56JX4ULUNrr8Gn7-_aq9bVbsVEUIJTp7skMP0b5wMcjqj_y7wuYL5HbsESMA6aEpTAsF_ku7SEh5Gzg_CqdbYmr6WN0n3A_T5dDrH4E_Tq5ySgfiAHSGP67umm2MvHPkDDy02UkWcQijhArwd0tBxq_WH86L0UPI35a6hsWyjJc90fcf8o/w640-h640/Cara-Semakan-Status-STR-2023-Fasa-1.webp)
JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN
Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :
ISI RUMAH TIADA HAD UMUR
Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 600
- 5 Dan Lebih Anak – RM 800
Pendapatan Bulanan RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 0
- 1-2 Anak – RM 150
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak RM 250
WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS
- RM 200
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
- RM 150
INFO LANJUT
Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan Madani dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.
![](https://portalsemasa.com/wp-content/uploads/2023/08/TELEGRAM-1-1024x576.png)