BANTUAN KERAJAAN

Permohonan Baru STR 2024 Kini Telah Dibuka

Permohonan baru STR 2024 kini telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Baca selanjutnya di bawah.

STR 2024

Perdana Menteri berkata, pemberian STR akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.

Secara keseluruhan, katanya, peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu RM8 bilion tahun ini kepada RM10 bilion tahun depan.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR,” jelasnya.

permohonan str 2024

TARIKH BAYARAN STR 2024

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM 300. Namun untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 ringgit dan akan mula disalurkan pada :

  • Februari 2024 (Sebelum Ramadhan)

TARIKH PERMOHONAN STR 2024

Permohonan bagi STR 2024 akan dibuka pada 1 November 2023. Ianya juga mengambil pendekatan yang berbeza yang mana permohonan STR 2024 ini akan terbuka sepanjang tahun tidak seperti sebelumnya.

permohonan str 2024

CARA PERMOHONAN STR 2024

Sekiranya anda diantara individu yang belum pernah menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini, permohonan baru kini boleh dikemukakan. Berikut adalah cara untuk mohon :

  • Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  • Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  • Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  • Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  • Kemudian, klik butang [Teruskan].
  • Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  • Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  • Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  • Tekan [Hantar].
  • Permohonan anda berjaya dihantar.
  • Selesai

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut setiap kategori penerima nanti :

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
  • menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Untuk rujukan anda boleh tekan link – RISALAH STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Ikuti kami di Telegram Portal Semasa untuk lebih maklumat mengenai Bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini di Sektor Swasta dan Kerajaan

permohonan str 2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button