RASMI : BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM350 & RM700 DIBAYAR PADA 14 APRIL 2023
Ketika Perdana Menteri mengumumkan Bajet 2023, terdapat satu bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ikuti perkongsian di bawah :
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI
Berita gembira kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan tahuan ini. Mereka akan bakal menerima bonus Aidilfitri pada April nanti berjumlah sehingga :
- RM700
Ini merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan tugas kepada negara dan khidmat kepada masyarakat.
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, ianya akan dikreditkan sebelum Aidilfitri.
Merujuk kepada Jadual Pembayaran Emolumen bulanan, bayaran gaji akan dibuat pada :
- 17 April 2023
Kakitangan awam dan pesara kerajaan yang layak bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.
BAYARAN GAJI DI AWALKAN
Berita gembiran kepada Penjawat Awam Persekutuan, mereka akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya pada :
- 14 April 2023 (Esok)
Ianya di awalkan 3 hari berbanding 17 April seperti yang telah dijadualkan sebelum ini. Ia turut membabitkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM 700 yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023.
SYARAT KELAYAKAN
- Penjawat Awam – Gred 56 dan ke bawah, termasik kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta kakitangan lantikan di bawah program MySTEP.
KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI
- Penjawat Awam – RM700
- Pesara Kerajaan – RM350
Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.
MAKLUMAT LANJUT
Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan lain yang kerajaan disediakan.