i-FITRI : BANTUAN KEWANGAN SEMPENA AIDILFITRI BERJUMLAH RM 300 SEORANG – MOHON SEKARANG
Seperti tahun lepas pada 2022, i-Fitri merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai maklumam, permohonan bantuan i-Fitri ini telahpun dibuka. Bagi pemohon yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM 300 dibayar secara terus (one-off).
Baca selanjutnya di bawah.
BANTUAN i-FITRI
i-Fitri merupakan bantuan kewangan yang dibayar secara one-off oleh kerajaan Negeri Terenggganu. Bantuan ini akan disalurkan ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pada tahun 2022, bantuan ini disalurkan berjumlah RM 400 kepada keluarga miskin dan RM 250 kepada isi rumah yang berpendapatan diantara RM 2,500 – RM 5,000 sebulan. Namun pada tahun 2023, bantuan ini diberikan berjumlah RM 300.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bantuan i-Fitri ini dibuka pada
- 19 Mac – 31 Mac 2023
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan i-Fitri yang akan disalurkan kepada kepada penerima yang layak adalah :
- RM 300 (one-off)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan i-Fitri
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (B40)
- Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
- Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
- Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
- Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.
TARIKH PEMBAYARAN i-FITRI
- 17 April 2023
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklut lanjut anda boleh layari laman sesawang https://ibantuan.terengganu.gov.my
SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA