RASMI : PENGELUARAN KHAS KWSP DIBENARKAN KEPADA 4 KATEGORI INI – SEMAK SEKARANG
Tahukan anda bahawa KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu? Ini untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapai persaraan yang lebih selesa atau pun persedian keperluan yang mendadak.
Walaupun pihak Kerajaan belum meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, akan tetapi anda masih boleh lagi mengeluarkan simpanan Akaun 2 anda untuk perkara yang telah diluluskan.
Ikuti perkongsian di bawah :
PENGELUARAN – UMUR 50 TAHUN
Bagi Pencarum KWSP yang mencapai umur 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran sekali sahaja samaada sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 anda. Yang mana anda boleh gunakan sebagai persediaan masa persaraan anda kelak.
PENGELUARAN – KESIHATAN
Jangka hayat dan kualiti kesihatan yang ada pada masa kini semakin meningkat yang seiring dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang lebih baik. Namun kos kepada penjagaan kesihatan juga ada dan mahal.
Sehubungan dengan itu, KWSP membenarkan pencarum yang menghadapi masalah kesihatan membuat pengeluaran Akaun 2. Ini bagi menampung kos pembiayaan perubatan bagi :
- Penyakit kritikal
- Peralatan bantuan kesihatan dan
- Rawatan kesuburan (IUI, IVF & ICSI)
PENGELUARAN – PENDIDIKAN
Pendidikan yang baik dan berkualiti merupakan asas kepada kestabilan kerjaya seterusnya mampu membina kehidupan yang lebih selesa.
Bagi tujuan pendidikan pencarum boleh mengeluarkan simpanan KWSP daripada akaun 2 bagi menampung atau membiayai pendidikan sama ada diri sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau pun ibu bapa di institusi dalam atau luar negeri yang dibenarkan.
PENGELUARAN – IBADAH HAJI
Bagi pencarum yang beragama islam dan merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan Akaun 2 sebagai tambahan simpanan di Lembaga Tabung Haji untuk digunakan sebagai tambahan perbelanjaan.
Terdapat beberapa syarat pengeluaran bagi Pengeluaran Haji Akaun 2. Sila Klik pautan di bawah untuk keterangan syarat permohonan selanjutnya :
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP melalui Akaun 2, anda boleh klik pautan INFO PENGELUARAN di bawah.
SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA