PENGELUARAN KHAS KWSP YANG TELAH DILULUSKAN – SEMAK SEKARANG
Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih berharap agar pengeluaran Khas KWSP diluluskan sekali lagi khususnya bagi mereka yang ada pencaruman KWSP. Sekiranya pengeluaran khas ini di benarkan maka, ia akan membantu ekonomi bagi golongan yang terjejas.
Walaupun pihak Kerajaan belum meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, akan tetapi anda masih boleh lagi mengeluarkan simpanan Akaun 2 anda untuk perkara yang telah diluluskan antaranya :
PENGELUARAN – UMUR 50 TAHUN
Bagi Pencarum KWSP yang mencapai umur 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran sekali sahaja samaada sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 anda. Yang mana anda boleh gunakan sebagai persediaan masa persaraan anda kelak.
PENGELUARAN – KESIHATAN
Jangka hayat dan kualiti kesihatan yang ada pada masa kini semakin meningkat yang seiring dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang lebih baik. Namun kos kepada penjagaan kesihatan juga ada dan mahal.
Sehubungan dengan itu, KWSP membenarkan pencarum yang menghadapi masalah kesihatan membuat pengeluaran Akaun 2. Ini bagi menampung kos pembiayaan perubatan bagi :
- Penyakit kritikal
- Peralatan bantuan kesihatan dan
- Rawatan kesuburan (IUI, IVF & ICSI)
PENGELUARAN – PENDIDIKAN
Pendidikan yang baik dan berkualiti merupakan asas kepada kestabilan kerjaya seterusnya mampu membina kehidupan yang lebih selesa.
Bagi tujuan pendidikan pencarum boleh mengeluarkan simpanan KWSP daripada akaun 2 bagi menampung atau membiayai pendidikan sama ada diri sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau pun ibu bapa di institusi dalam atau luar negeri yang dibenarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP melalui Akaun 2, anda boleh klik pautan INFO PENGELUARAN di bawah.
SERTAI KAMI DI TELEGRAM BAGI MENGETAHUI INFO DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN KERAJAAN DAN JAWATAN KOSONG DI SELURUH NEGARA