BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI BERJUMLAH SEHINGGA RM700 PADA ARPIL NANTI
Pada pembentangan belanjawan februari lalu, pelbagai bantuan baharu diumumkan bagi membantu rakyat yang terjejas. Antara bantuan yang diumumkan adalah bantuan kewangan sehingga RM700 bagi menyambut aidilfitri nanti.
Ikuti perkongsian di bawah :
Info : Belanjawan 2023 terpaksa dilaksanakan sekali lagi berikutan pembentukan kerajaan baharu dibawah pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim (Kerajaan Perpaduan).
BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Berita gembira kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan tahuan ini. Mereka akan bakal menerima bonus Aidilfitri pada April nanti berjumlah sehingga RM700.
Ini merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan tugas kepada negara dan khidmat kepada masyarakat.
BANTUAN KHAS RM700 & RM 350
Melalui pelaksanaan bantuan khas aidilfitri ini. Kakitangan awam dan pesara kerajaan masiing-masing akan menerima bonus sebanyak :
- Penjawan Awam – RM700
- Pesara Kerajaan – RM350
Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini. Ianya bakar dikreditkan sebelum Aidilfitri iaitu pada April nanti.
Kakitangan awam dan pesara kerajaan yang layak akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing
MAKLUMAT LANJUT
Sila klik pautan di bawah untuk bantuan-bantuan kerajaan yang disediakan.